JOM KE MATTA FAIR MELAKA 2022 PADA 8 DAN 9 OKTOBER INI

AYER KEROH – Seramai 29 pempamer dalam dan luar Melaka menawarkan pelbagai pakej menarik mengambil bahagian pada penganjuran Matta Fair Melaka 2022 di pusat beli-belah Mahkota Parade, pada 8 serta 9 Oktober depan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ekspo berlangsung dua hari itu penting dalam usaha mempromosikan 14 sub sektor pelancongan meliputi sejarah, budaya, rekreasi, sukan, beli-belah, konvensyen, kesihatan, pendidikan, agro, makan-makan, belia, eko pelancongan, keagamaan dan Melaka: Rumah ke-2.

“Ada 52 gerai pameran yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu domestik, antarabangsa dan pengkhususan kepada pelancong ingin berkunjung ke taman-taman tema dalam atau luar negeri tanpa perlu bermalam di lokasi terbabit.

“Selain itu, program ini bercorak karnival pelancongan tahunan bagi mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di Rantau Asia,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media Matta Fair Melaka 2022 di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Kota Fesyen, di sini, hari ini. Hadir sama, Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Sha’ari Basiron.

“Matta Fair Melaka 2022 menawarkan lebih 48,000 bilik hotel pada harga yang berpatutan. Dijangka 20,000 pengunjung akan hadir dan nilai jualan disasarkan adalah RM10 juta. Tourism Negeri Pahang dan Tourism Malaysia Wilayah Selatan turut mengambil bahagian pada Matta Fair Melaka 2022 nanti,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut