TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

 

TUMPAT 27 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Bukit Aman berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara, disini hari ini.
Rampasan telah dibuat keatas barang kawalan dalam 8 tong jerikin anggaran sebanyak 184 liter minyak petrol, satu pump penyedut berserta hose paip dan alat satu timbang neraca spring di sebuah rumah di Kampung Kebun, Tumpat Kelantan.
Tangkapan bersama seorang lelaki tempatan berumur 30an sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDNHEP.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …