SEORANG LELAKI TEMPATAN DIDENDA RM4,000.00 DI MAHKAMAH

 

MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS 27 Sept : Seorang lelaki warganegara berumur 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas kerana melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 / Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, semalam.
Tertuduh yang diwakili peguam membuat pengakuan mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan dihadapan YA Tuan Majistret Tuan Badrul Munir bin Mohd Hamdy oleh Pegawai Pendakwa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas, PPP Amran bin Daud.
Tertuduh didenda sebanyak RM 4,000.00 sekiranya gagal di penjara enam bulan. Kes didakwa dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Terdahulu pada 27 Okt 2021 lebih kurang jam 9.00 pagi Batalion 8 Pasukan Gerakan AM telah membuat serbuan di Kampung Gual To’Deh, Rantau Panjang Kelantan.
Dalam operasi tersebut telah menangkap seorang suspek lelaki tempatan dibawah Seksyen 10, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana didapati mempunyai syak yang munasabah berurusan dengan barang kawalan yang merupakan barang kawalan berjadual iaitu minyak petrol tanpa lesen yang sah.
Sitaan telah dilakukan terhadap 4 tong plastik yang berisi 50 liter minyak petrol dalam sebuah kereta jenis Proton Waja berpendaftaran Malaysia, 2 enjin pam sedut minyak dan satu paip getah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …