KEMERIAHAN PENGUNJUNG DI MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN 2022

Kemeriahan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti dirasai sepanjang Cuti sempena Hari Malaysia iaitu 16 September 2022 hingga 18 September 2022.  Jumlah pengunjung sepanjang 3 hari tersebut dianggarkan seramai lebih seribu orang yang terdiri daripada masyarakat setempat yang pulang ke kampung, pelawat dari seluruh semenanjung dan juga pelawat dari luar negara.

Antara yang dapat diperoleh pengunjung sepanjang lawatan adalah seperti berpeluang menerokai sejarah dan budaya warisan Negeri Sembilan, reka bentuk  dan senibina bangunan Warisan Kebangsaan serta pemandangan kawasan yang menarik lagi mendamaikan.

Selain itu, pengunjung berpeluang merasai masakan tradisional adat lingkungan yang terdapat di Kafe Muzium iaitu daging salai pucuk ubi masak lemak cili api, ikan sembilang bacang masak lemak, rendang maman serta banyak lagi  menu yang menyelarakan dan menggamit kenangan.

Jadi Jom ke Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti bersama keluarga pada hujung minggu ini. Jumpa di sana!

Sumber: Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut