TAHNIAH!!! PASUKAN BOLA JARING KPDNHEP KELANTAN

 

PUTRAJAYA 24 Sept : Daripada 14 Pasukan Bola Jaring KPDNHEP Kelantan telah dinobatkan sebagai JUARA pada edisi sulung ini, Karnival Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring Piala Ketua Setiausaha KPDNHEP 2022.
Pasukan Bola Jaring KPDNHEP Kelantan telah mengharungi perlawanan di antara Ibu Pejabat KPDNHEP, Pejabat KPDNHEP Negeri serta agensi di bawah KPDNHEP.
Pada pentas akhir Pasukan Bola Jaring KPDNHEP Kelantan berlangsung perlawanan epik yang sengit menentang Pasukan Bola Jaring Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pada akhir keputusan penuh perlawanan berkesudahan jaringan 10-9 memihak kepada Pasukan Bola Jaring KPDNHEP Kelantan dinobatkan JUARA bagi Edisi Karnival Bola Jaring Piala Ketua Setiausaha KPDNHEP 2022.
Dalam perkembangan lain Pasukan Bola Sepak KPDNHEP Kelantan hanya beroleh kejayaan Naib Juara Peringkat Kumpulan bertemu dengan KPDNHEP Pulau Pinang pada peringkat kalah mati dengan keputusan tipis berkesudahan 1-0 dan gagal untuk peringkat seterusnya.
Semua pasukan telah bermain dengan penuh semangat juang dan kesukanan yang tinggi dalam kejohanan karnival kali ini.
Nilai tambah dalam edisi kali ini sukan adalah sebahagian daripada Agenda Nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik, silaturrahim dan perpaduan dalam kalangan warga KPDNHEP.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …