KPDNHEP NEGERI SEMBILAN TUMPASKAN KEGIATAN SELEWENG DIESEL BERSUBSIDI

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan bersama polis Kontinjen Bukit Aman menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi kira-kira 7,500 liter bernilai RM16,125, pada Rabu.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, jumlah berkenaan membabitkan hasil serbuan di Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban pada jam 1 pagi.

“Pada hari sama KPDNHEP menerima serahan kes penyelewengan minyak diesel bersubsidi daripada Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seremban.

“Menerusi dua tindakan kes ini, dianggarkan sebanyak 7,500 liter minyakdiesel disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM16,125,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurutnya, turut disita tiga buah lori serta peralatan-peralatan yang digunakan di tempat serbuan seperti seperti tangki IBC dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan bagi kedua-dua kes adalah RM68,500.

“Dua lelaki berumur 26 dan 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …