COVID-19: TIGA HARI TANPA KES JANGKITAN BAHARU DI PERAK

Sumber Foto : Jabatan Kesihatan Negeri Perak

IPOH, 21 April 2020 – Selama tiga hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu dan Ahad) tiada kes jangkitan positif baharu dilaporkan di negeri Perak. Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak semalam menunjukkan jumlah pesakit yang masih dirawat juga telah menurun daripada 25 kepada 18 pesakit.

MenteriΒ  Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu, menerusi Facebook rasminya telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua semua pasukan perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak atas perkhidmatan terbaik yang telah diberikan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua para petugas barisan hadapan keselamatan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakyat Perak, yang terus mematuhi arahan PKP. Beliau berharap agar Β zon hijau dapat diperluaskan ke semua daerah, di negeri Perak.

Sumber Foto : Jabatan Kesihatan Negeri Perak

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu

 

Artikel/Berita Terkini

JANGAN JUAL PRODUK ADA LABEL ‘NO PALM OIL’, ‘PALM OIL FREE’ – FUZIAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyarankan kepada peniaga supaya tidak menjual produk yang dilabel dengan kempen …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERLU KEKALKAN SIFAR MISKIN TEGAR – TUANKU MUHRIZ

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Negeri Sembilan perlu mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar seperti diraih …
Maklumat Lanjut

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ ππ„ππ†π”π€π“πŠπ”π€π’π€π€π πŠππƒπ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan bekalan …
Maklumat Lanjut