12 ADUAN BERKAITAN HARIMAU BERKELIARAN DI KAWASAN AWAM


KUALA TERENGGANU, 22 SEPTEMBER 2022


 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menerima sebanyak 12  aduan berkaitan harimau belang sejak Januari hingga Ogos lalu. Pengarah PERHILITAN, Loo Kean Seong berkata, kebanyakan adauan berkaitan harimau belang yang diterima sepanjang tahun ini adalah melibatkan daerah Dungun dan Kemaman. Kes penemuan terbaru adalah pada Jumaat lalu berhampiran laluan masuk ke Plaza Tol Dungun oleh pengguna jalan raya.

PERHILITAN sudah menjalankan siasatan tentang penemuan ini dan berjaya menemui kesan tapak kaki harimau dikawasan berkenaan namun ianya tidak berapa jelas. Dipercayai harimau belang ini adalah harimau yang sama dari Hutan Bukit bauk kerana lokasinya terletak tidak jauh dari hutan tersebut.

Pada masa yang sama, PERHILITAN menasihati orang ramai agar tidak menularkan penemuan harimau dalam media sosial, tindakan itu boleh membahayakan haiwan ini kerana ia mungkin diburu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta tidak turun dari kenderaan dan cuba mendekati haiwan berkenaan semata-mata untuk mengambil gambar kerana ia boleh mengundang bahaya.

Pihak PERHILITAN akan sentiasa memantau akan perkara ini dan akan memasang beberapa perangkap di kawasan yang akan dikenalpasti menjadi laluan harimau bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …