CADANGAN BAJET 2023 AKAN DIPERHALUSI MENGIKUT KEUPAYAAN KERAJAAN NEGERI

Sesi Dialog Bajet 2023 Negeri Kedah berlangsung dengan kepelbagaian cadangan dibangkitkan demi kesejahteraan rakyat negeri Kedah khasnya.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata dialog bajet ini dibuat setiap tahun bagi mendengar pandangan dan cadangan daripada orang awam dalam penambahbaikan bajet yang akan dibentangkan nanti.

“Dialog ini terhenti seketika ketika Pandemik Covid-19 dan disambung semula pada tahun ini dan setiap cadangan yang diutarakan akan diambil kira mengikut kekuatan atau keupayaan Kerajaan Negeri dalam mengatasi serta berusaha melaksanakannya.

“Tahun 2023 mungkin terdapat pelbagai cabaran dan kekangan tertentu. Oleh itu, tumpuan Kerajaan adalah meningkatkan hasil seterusnya perbelanjaan dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi Dialog Bajet 2023 Negeri Kedah di Hotel Raia di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Isahak Murat.

Sesi pembentangan Dialog Bajet 2023 Negeri Kedah kali ini telah disempurnakan oleh tiga orang panel iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Dato’ Mohd Sahil Zabidi; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Dato’ Zakaria Othman dan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban.

Perkongsian oleh ahli panel jemputan sedikit sebanyak dapat dilihat mengenai pencapaian memberangsangkan oleh negeri Kedah dalam meningkatkan pendapatan negeri serta menyediakan peluang pekerjaan disamping mempertingkatkan modal insan.

Pelbagai sektor akan dibuat penambahbaikan agar menjadikan negeri Kedah setanding dengan negeri-negeri membangun di Malaysia.

Sumber: Warta Kedah

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut