OPERASI BERSEPADU KPDNHEP NEGERI KELANTAN BERSAMA KPDNHEP CAWANGAN

 

PASIR MAS 20 Sept : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Cawangan KPDNHEP Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang, Kelantan.
Kekuatan pegawai seramai 10 pegawai operasi dijalankan sekitar Pasir Mas, Kelantan.
Fokus utama kepada pematuhan penggunaan alat timbang sukat yang ditentusahkan. Selain itu operasi meliputi Ops Anti Sorok, Pemeriksaan PHM 2022, Pemeriksaan Bekalan, Tanda Harga dan Alat Timbang Sukat dan Harga Maksimum Minyak Masak Tulen (Botol).
Hasil daripada pemeriksaan bekalan barang perlu pada tahap keberadaan yg stabil untuk dijual kepada pengguna dan pihak premis mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pengawal.
Selain itu barang yang dijual tidak melebihi harga maksimum barangan harga terkawal dan tidak dikesan sebarang aktiviti yang mencurigakan semasa operasi dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut