ASRAMA TAHFIZ TERBAKAR, PELAJAR SELAMAT

SEREMBAN: Sebuah bangunan asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral di sini, terbakar malam tadi dan semua pelajar yang menyedari kejadian itu sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pasukan bomba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat asrama Tahfiz Rendah As Sofa di bahagian aras dua dan tiga. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api dikawal pada pukul 9.04 malam, ” katanya hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …