JPNT MEMBENARKAN 186 BANGUNAN SEKOLAH DI TERENGGANU DIJADIKAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)


KUALA TERENGGANU, 14 SEPTEMBER 2022


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) tidak terkecuali daripada membuat persiapan sewajarnya untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda Negeri Terengganu mulai November depan dengan mempersiapkan sebanyak 186 sekolah menengah dan rendah untuk dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri ini. 186 buah sekolah itu merangkumi 156 sekolah rendah, 23 sekolah menengah dan tujuh sekolah agama.

Menurut Encik Abdul Muie Ngah, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, bangunan sekolah yang akan dijadikan sebagai PPS boleh menampung kira-kira 74,580 mangsa bencana banjir. Bagaimanapun katanya, proses pembelajaran tidak terjejas walaupun 186 bangunan sekolah dijadikan PPS kerana pelajar akan dipindahkan ke bangunan lain untuk mengikuti pembelajaran.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …