APMM PULAU PINANG TAHAN DUA PEKERJA SANGKAR IKAN TANPA PENGENALAN DIRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

 

Dua pekerja sangkar ikan tanpa pengenalan diri ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang dalam pemeriksaan rutin anggota penguat kuasa bot ronda melalui Op Pertiwi ke atas bot sangkar ikan di kedudukan 0.18 batu nautika selatan Pulau Jerejak.

Seorang daripada pekerja sangkar ikan itu merupakan warga Nepal berusia 31 tahun manakala lagi seorang warga tempatan berusia 40 tahun. Pekerja Sangkar warga Nepal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan dilakukan.

Kedua-dua yang ditahan itu dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 melanggar syarat sah Lesen Kultur Laut iaitu tidak menggunakan 100 peratus pekerja warganegara kecuali dengan kelulusan Pengarah Perikanan Malaysia dan warganegara asing bekerja di tempat yang bukan tertera pada permit kerja bot.

Sumber : SINAR HARIAN 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …