PDRM PULAU PINANG TUMPASKAN GENG PENDANG PECAH RUMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan kegiatan pecah rumah sekitar Seberang Perai Utara selepas menahan lima lelaki tempatan termasuk seorang pemilik kedai emas dalam serbuan pada 10 dan 11 September 2022

Serbuan Op Pintu itu dilancarkan selepas polis menerima laporan daripada beberapa mangsa pecah rumah sejak awal tahun. Bertindak atas maklumat, pihak polis membuat serbuan di Kedah dan menahan empat lelaki berusia 29 hingga 39 tahun dikenali Geng Pendang.

Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai barangan seperti beg tangan berjenama, wang tunai, telefon bimbit, peralatan pecah rumah dan kereta sewa jenis Perodua Bezza yang digunakan untuk aktiviti pecah rumah.

Semua suspek direman sehingga 15 September untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …