NTF: KEKAL KOMITED PERKUKUHKAN KAWALAN SEMPADAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Pencerobohan dan Pembolosan Sempadan)

National Task Force (NTF) nekad berhadapan dengan ancaman Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan pencerobohan di dalam Negara. NTF merupakan kolaborasi bersepadu 19 Agensi Kerajaan dengan misi memperkasa sempadan Negara dari kemasukan PATI dan mengekang penularan COVID-19.

Baru-baru ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Australian Border Force (ABF) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 60 migran etnik Rohingya dan warga Myanmar ke Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd Amin berkata, kesemua migran tersebut telah diusir keluar pada 1 September lalu dalam operasi REDBACK XVII yang dijalankan bermula 26 Ogos hingga 9 September 2022 di Pulau Pinang. Kesemua mereka dikesan cuba masuk ke negara ini pada kedudukan 3.0 batu nautika barat Sungai Pinang.

Selain itu, operasi tersebut turut menahan 8 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sekitar perairan Pulau Pinang atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri di bawah Akta Imigresen 1959/63. Turut dilaporkan sebanyak 13 bot nelayan asing Indonesia juga berjaya diusir keluar dari perairan negara dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hasil pengesanan yang dilakukan oleh pesawat APMM CL 415 MP di kedudukan kira-kira 67 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi pada 5 September lalu, Secara keseluruhannya Operasi REDBACK telah melaksanakan 178 pemeriksaan dan penggeladahan ke atas vesel-vesel di laut melibatkan 3 tangkapan serta 2 pengusiran.

 

Sumber:

National Task Force

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut