SUSPEK MENJANA PENDAPATAN HASIL PERSUNDALAN DITUDUH DI MAHKAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun telah didakwa dengan lapan pertuduhan dibawah seksyen 372A Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang kerana telah menjana pendapatan melalui hasil persundalan di Daerah Timur Laut.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kesemua pertuduhan.

Dalam kejadian yang sama lapan perempuan warga asing berumur 29 hingga 37 tahun dituduh dibawah Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen di Mahkamah Majistret George Town Pulau Pinang kerana telah menjalankan aktiviti persundalan dan melakukan kesalahan-kesalahan imigresen.

Enam tertuduh mengaku bersalah manakala dua yang lain ditetapkan satu tarikh sebutan untuk semakan dokumen. Tiada sebarang jaminan ditawarkan oleh pihak mahkamah.

Sumber : IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …