BAJET 2023 – AGENDA KESEJAHTERAAN RAKYAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pengurusan Sumber Pendapatan Negara)

Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini mendapat perhatian pelbagai pihak apabila jumlahnya diramalkan akan bertambah berbanding tahun lalu.

Dr Mustazar Mansur, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari, UKM berkata Bajet 2023 diharapkan akan memberi perhatian kepada kos sara hidup rakyat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan internet, pengangkutan termasuk pendidikan dan kesihatan.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohd Faisol Ibrahim pula menjangkakan kerajaan akan menggunakan bajet defisit sebagaimana tahun-tahun sebelumnya memandangkan negara memerlukan satu jumlah yang besar bagi perbelanjaan pembangunan dan mengurus.

Pada masa yang sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  telah mula mengadakan sesi jelajah ke semua negeri dalam usaha mendapatkan pandangan dan cadangan di peringkat akar umbi, terutamanya rakyat, industri setempat dan kerajaan negeri.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, seiring dengan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19, Bajet 2023 akan terus menumpukan kepada agenda kesejahteraan rakyat terutamanya dalam aspek pendapatan dan perlindungan sosial.

Sumber rujukan : Berita Harian dan Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …