PROGRAM SEMARAK HARI MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI PULAU KETAM, KLANG, SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2022

KLANG – Pada 8 September 2022, Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dengan kerjasama strategik jabatan-jabatan kerajaan yang terdiri daripada, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut Wilayah Zon Tengah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,  Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan lain-lain yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menganjurkan Program Semarak Hari Malaysia Bersama Komuniti Pulau Ketam, Klang, Selangor.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Program ini turut dihadiri YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang erat bagi menjayakan program Semarak Hari Malaysia Bersama Komuniti Pulau Ketam, Klang, Selangor.

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut