NEGERI PANTAI TIMUR PERLU BERSIAP SIAGA HADAPI MUSIM BANJIR


KUALA TERENGGANU, 12 SEPT 2022

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri pada November ini seharusnya menjadi penggera amaran kepada semua pihak, terutamanya jabatan dan agensi pengurusan bencana. Malah rakyat juga perlu bersiap sedia dan melakukan persiapan bagi menghadapi bah besar ini.

Tempoh tidak sampai 2 bulan dari sekarang adalah fasa kritikal untuk kita semua membuat persiapan menghadapi banjir. Kita tidak mahu insiden banjir besar yang pernah berlaku di beberapa negeri seperti di Lembah Klang berulang kembali. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latif Ahmad berkata kerajaan akan melibatkan lebih banyak agensi yang akan bergerak bersama bagi tujuan ini. Lebih 50,000 sukarelawan di peringkat komuniti dilatih untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir besar. Selain itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang berfungsi mengumpul maklumat dan menyalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga akan diperkasakan untuk tindakan segera terhadap mangsa banjir.

Dalam konteks “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”, setiap individu, harus berupaya mengambil langkah proaktif, seperti membaca ramalan cuaca dan membuat persediaan kelengkapan kecemasan, agar kemungkinan buruk dapat dikurangkan malah dielakkan andai berlaku musibah di masa hadapan. Sebahagian tanggungjawab itu harus diletak di bahu kita semua sebagai ketua keluarga, ketua komuniti, masyarakat, individu yang berada di kawasan bencana dan bukan semata-mata pihak kerajaan sahaja.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …