OPS LEJANG

NEGERI SEMBILAN, 10 SEPTEMBER 2022

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan telah menjalankan Ops Lejang dengan menyasarkan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan seperti ubahsuai kenderaan untuk tujuan uji kelajuan, lumba haram atau rempit, tiada cermin sisi dan pamer nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu (LMM), insuran dan lain-lain kesalahan sepertimana yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Ops Lejang yang diadakan di tiga lokasi iaitu Tol Senawang, Tol Mambau dan Tol Setul bermula jam 8.00 malam sehingga 11.30 malam turut melibatkan agensi lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Pemilik dan penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang – undang berkuatkuasa serta tidak terlibat dalam aktiviti perlumbaan haram, rempit, menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya yang boleh merbahayakan penunggang sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Memandulah dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Untuk sebarang aduan trafik boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform e-aduan@JPJ beserta dengna butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: facebook JPJ Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut