PJMKM DAPAT SAMBUTAN, BANTU RAKYAT

 

TUMPAT – Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) dan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen dan Pusat Khidmat DUN seluruh Negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar.
Penganjuran PJMKM tersebut bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup masyarakat dan ia adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu masyarakat atau pengguna membeli barangan keperluan di kedai runcit tempatan dengan harga berpatutan dan potongan sehingga 20 peratus.
Ini menjadikan semua 45 kawasan DUN di Kelantan telah melaksanakannya sekurang-kurangnya satu kali hingga tiga kali. Tahniah dan terima kasih
PJMKM akan terus dilaksanakan di seluruh DUN di Negeri Kelantan bermula bulan September hingga Disember berdasarkan pemilihan premis mengikut cadangan pihak ADUN dengan persetujuan pemilik premis.
Antara barangan keperluan harian yang ditawarkan diskaun ialah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras serta sayur-sayuran.

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut