KEJADIAN KEBAKARAN DI KG. LUBOK TEMIANG

09 September 2022 : Satu kejadian kebakaran berlaku awal pagi tadi di Kampung Lubok Temiang membabitkan sebuah rumah separuh kekal musnah 85 peratus hangus terbakar dijilat api.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 5.00 pagi.
Justeru itu, Balai Bomba Layangan seterusnya diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba selepas tujuh minit panggilan diterima.
Dalam pada itu, kebakaran berkenaan dapat dikawal dalam tempoh 12 minit dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 06.49 pagi.
Operasi itu melibatkan 22 orang anggota dan pegawai dari BBP Layangan dan BBP Sentral bersama lima jentera pemadam api.
Tiada mangsa alami kecederaan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sumber: JBPM Labuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …