KEMAMAN, 6 SEPTEMBER 2022
Kemaman Supply Base (KSB) adalah sebagai pangkalan sokongan darat yang khusus untuk perkhidmatan dan pembekalan operasi petroleum luar pesisir pantai Terengganu. Ianya direka khas dan dibangunkan sebagai pangkalan bekalan logistik yang komprehensif untuk industri penerokaan dan pengeluaran petroleum luar pesisir Semenanjung Malaysia.
KSB merupaka salah satu asset terpenting Terengganu yang diletakkan dibawah sasaran penting Negeri Terengganu. Bagi melindungi dan memelihara aset serta infrastruktur penting negeri, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Terengganu bersama dengan agensi-agensi keselamatan yang terlibat telah menjalankan Pemeriksaan Sasaran Penting melalui Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Terengganu (JKPSKP NT) pada 6 September 2022 yang bertujuan bagi menilai dan menambah baik serta membantu meningkatkan tahap keselamatan di Instalasi Sasaran Penting Negeri Terengganu.