?? ?????? ???????? ?????? ??? ?? ??????????.


KUALA TERENGGANU, 5 SEPT 2022


Kawasan rekreasi dan eko-pelancongan yang mempunyai air terjun dan sungai kini kembali menjadi tumpuan ramai selepas Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilonggarkan untuk pelbagai aktiviti. Namun, dalam keterujaan bermandi-manda di kawasan rekreasi berkenaan, ada yang alpa terhadap aspek keselamatan menyebabkan isu kes lemas di sungai dan air terjun serta fenomena kepala air menjadi bahan berita saban hari.

Terkini, kejadian kepala air telah dilaporkan berlaku di Lata Ulu Kasar, Setiu pada 2 September 2022 lepas dan dilaporkan semua mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan oleh penduduk tempatan. Susulan daripada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah mengenal pasti 22 lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan mengistytiharkan sebagai kawasan berisiko berlaku ancaman fenomena kepala air terutama ketika musim hujan.

Antara lokasi yang dikesan ialah Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belantan, Kolam Air Panas (La Hot Spring) dan Lata Kolam Air Deru Ecopark di Besut. Di Setiu pula, lokasi yang dikenal pasti ialah Lata Ulu Kasar, Lata Ulu Kekabu, Lata Chakah dan Lata Payung manakala di Hulu Terengganu pula Air Terjun Sekayu, Air Terjun Juwita, Air Terjun Soak, Air Terjun Lasir dan Air Terjun Belukar Bukit. Kawasan di Dungun yang berisiko iaitu Sungai Loh, Sungai Kelemin, Air Terjun Langsir, Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lubuk Kain. Di Kemaman pula ialah Hutan Lipur Menderu, Air Terjun Jeram Tanduk, Sungai Air Puteh dan Sungai Cherul

Pada minggu cuti persekolahan ini, dinasihatkan kepada orang ramai serta pengunjung agar sentiasa berhati-hati ketika berada dikawasan air terjun dan sungai. Patuhi arahan dan nasihat dari penguatkuasa atau penduduk tempatan berkaitan tanda-tanda kepala air.

Antara tanda-tanda akan berlakunya kepala air adalah seperti:

1. Perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman, aliran air tenang bertukar deras selain sampah-sarap berkumpul di satu tempat.

2. Kedengaran bunyi letupan kuat, sama ada akar pokok tidak stabil, menyebabkan tanah pecah dan pokok tumbang.

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut