TEATER PERJUANGAN TOK JANGGUT PUKAU PENONTON

 

PASIR MAS – Sempena merasai kehangatan sambutan kemerdekaan yang ke-65, persembahan Teater Tok Janggut daripada Kumpulan Jihad Putera Jeram Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) memukau dan memberi penghayatan bermakna, sehingga ramai penonton menitiskan air mata menyaksikan perjuangan dan pengorbanan pahlawan Tuan Guru Hasan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut) mempertahankan tanah air.
Persembahan tersebut diadakan sempena Program Muzium Bersama Komuniti yang diadakan di Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Tok Uban pada 1 September lalu.
Berucap di majlis perasmian Program tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata fungsi sesebuah muzium itu sendiri adalah lebih kepada memberi pendidikan kepada masyarakat.
“Secara keseluruhan, Kelantan mempunyai sembilan buah muzium dan tambahan sebuah lagi Muzium Pertanian dalam proses pembinaan.
Tujuan muzium diwujudkan, bukan sekadar mempamerkan barangan-barangan lama atau warisan yang berusia ratusan tahun, tetapi ia lebih berperanan sebagai satu institusi dalam menjana pemikiran rakyat untuk pembentukan jati diri serta cintakan negara,” katanya.
Selain itu, persembahan silat turut diadakan di samping sukaneka permainan tradisi orang-orang dahulu bagi memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada golongan muda.
Antara permainan tradisi yang dipertandingkan ialah congkak, dekcok (teng-teng), kaki hantu, terompah gergasi, selambut dan lompat getah.

Artikel/Berita Terkini

DANA ORGANISASI ATAU SYARIKAT BUKAN DUIT PERIBADI, AMANAH JANGAN DIKHIANATI!

Setiap sumber kewangan organisasi merupakan amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan integriti. Penggunaan dana organisasi hendaklah sentiasa …

DARIPADA MENCARI SALAH KEPADA MENCARI SOLUSI, TRANSFORMASI POST-MORTEM ORGANISASI

Pelaksanaan mesyuarat 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 selepas berakhirnya sesuatu majlis atau program merupakan langkah strategik yang memberi nilai bagi sesebuah organisasi. Platform ini …

KENALI FAKTOR RISIKO PRA-DIABETES : CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

Pra-diabetes merupakan satu keadaan kesihatan apabila paras gula dalam darah lebih tinggi daripada paras normal, tetapi masih belum mencapai tahap …