TINTA BICARA HARI MALAYSIA: AKTA YANG MELINDUNGI PENGGUNAAN LAMBANG-LAMBANG KEBESARAN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Seperti bendera Malaysia, lambang kebesaran negara adalah mempunyai nilai dan darjat yang melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan negara. Setiap warganegara seharusnya memberi penghormatan sewajarnya terhadap bendera Malaysia. Sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina dan tidak menghormati lambang kebesaran negara boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Terdapat 4 Akta yang melindungi penggunaan lambang-lambang kebesaran negara iaitu:

1. Akta 414 – Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963

(1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri

a) mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion;

b) mengguna bagi maksud, atau memperagakan sebagai suatu iklan bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion, atau menjual, apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong;

c) mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk apa-apa paten, atau dalam apa-apa cap dagangan atau reka bentuk; atau

d) membuat bagi maksud jualan atau menjual atau ada dalam miliknya untuk dijual, apa-apa lambang ternyata.

(2) Perenggan (1)(b) yang berhubungan dengan penggunaan apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar yang tersebut dahulu tidaklah terpakai bagi penyiaran berita (sama ada dalam akhbar atau melalui apa-apa media lain) atau bagi penyiaran apa-apa makalah dalam akhbar.

(3) Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang difikirkannya patut.

2. Akta A1525 – Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017

Seksyen 5

Mana-mana orang yang melanggar seksyen 3 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

3. Akta 193 – Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949

Seksyen 8

(1) Mana-mana orang yang

a) mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5; atau

b) selaku pemunya, penyewa, penerima pajak, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis dengan disedarinya membenarkan mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan di atas atau dari premis itu atau dalam mana-mana sekolah yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh

i) dalam hal seseorang selain pertubuhan perbadanan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau kedua-duanya;

ii) dalam hal pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

4. Akta 15 – Akta Hasutan 1948

Mana-mana individu yang menghina atau melakukan provokasi melampau terhadap bendera Jalur Gemilang yang bertujuan mencemar nama baik atau menghasut juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut