INFO BENCANA : Kepala air di Lata Ulu Kasar, Setiu, 32 terperangkap, 2 kereta hanyut.


SETIU, 4 SEPTEMBER 2022


Seramai 32 pengunjung termasuk 13 kanak-kanak yang berkelah di Lata Ulu Kasar di Setiu, dekat sini, berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air pada petang 2 September 2022.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan dua kereta iaitu Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras. Walau bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapaie, melaporkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.  Seramai 17 anggota daripada BBP Setiu dan Kuala Nerus bersama dua jentera, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada jam 5.30 petang. Semua mangsa dihantar ke Masjid Merbau Menyusut oleh pasukan bomba dan orang awam.

Rentetan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya mengelak mengunjungi tempat rekreasi di negeri ini yang boleh mendatangkan risiko berlakunya kepala air serta banjir kilat berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, risiko berlaku kepala air di kawasan terbabit sangat tinggi walaupun cuaca baik kerana fenomena itu berlaku akibat hujan di hulu sungai dan puncak bukit. Beliau berkata lagi, pengunjung perlu menilai tahap risiko sebelum membuat keputusan untuk ke kawasan-kawasan sungai bagi tujuan rekreasi.

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …