RUMAH TAKDIR, RUMAH PENYATUAN KAUM PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Sebuah rumah klasik bekeluasan sekitar 19,651.07 meter persegi (64,472 kaki persegi) yang terletak di No 16 Jalan Tunku Abdul Rahman ada kisahnya tersendiri. Mungkin ramai anak muda dalam kalangan generasi 4.0 kini tidak cakna bahawa rumah klasik dengan reka bentuk Inggeris itu pernah menjadi rumah kediaman bekas Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas bersara sebagai pemimpin nombor satu negara pada tahun 1970.

Rumah itu dinamakan ‘Rumah Takdir’ dan menjadi tempat tumpuan orang ramai pada ketika itu. Menurut Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, beliau merupakan antara rakan terdekat Almarhum Tunku sering melihat masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang datang berkunjung ke Rumah Takdir, malahan pembesar dari dalam dan luar negara juga turut mengadakan pertemuan dengan Almarhum Tunku di rumah bersejarah itu.

Justeru, beliau berpendapat Rumah Takdir wajar dijadikan ‘Rumah Perpaduan’ kerana ikatan penyatuan antara kaum tersimpul rapi di situ, dihiasi cantik dengan warna-warni momen bersejarah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sumber rujukan : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …