SYARIKAT KITAR SEMULA BUANGAN TERJADUAL DIDENDA RM58,000

Sebuah syarikat kitar semula buangan terjadual di Bukit Minyak, didenda RM58,000 atas kesalahan berkaitan penstoran bahan buangan terjadual di Permatang Pauh, Seberang Perai. Syarikat berkenaan mempunyai lesen sebagai Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) bagi memproses buangan terjadual tetapi lessen, walau bagaimanapun tidak mempunyai lesen dan kelulusan EIA di lokasi buangan itu distorkan, sebagaimana keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pihak syarikat telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan. Mahkamah memerintahkan syarikat berkenaan membayar denda RM8,000 untuk kesalahan atas pertuduhan pertama, iaitu beroperasi tanpa lesen, dan RM50,000 bagi pertuduhan kedua, iaitu beroperasi tanpa memperoleh kelulusan laporan EIA.

 Sumber: Laman Web Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …