OPS BERSEPADU KPDNHEP KELANTAN BERSAMA KPDNHEP CAWANGAN TANAH MERAH DIBAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI PENCATUTAN 2011

 

TANAH MERAH 25 Ogos : Telah diadakan Operasi Bersepadu dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bersama Unit Anti Pencatutan KPDNHEP Negeri Kelantan di sekitar Bandar Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Terdahulu taklimat operasi disampaikan Ketua Unit Anti Pencatutan Negeri, oleh YBrs. Tuan Muhammad Zaki bin Mamat diagihkan kepada 2 pasukan operasi.
Operasi mengfokuskan kepada Ops Catut 9.0, Ops Pasar dan Ops Rantaian 8.0 melibatkan peringkat pemborong dan peruncit pasaraya.
Hasil operasi sebanyak 7 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dan 10 Notis Bertulis (NB) telah dikeluarkan keatas pemborong dan peruncit sekitar Tanah Merah, Kelantan.
Dalam perkembangan lain di Tanah Merah, Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menjalankan pemeriksaan sebuah premis runcit di kawasan Bukit Bunga, mendapati pemilik premis tidak memiliki sebarang lesen yang sah menjual barang kawalan tepung gandum bersubsidi.
Pasukan telah membuat sitaan terhadap tepung gandum sebanyak 828 kilogram dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM2,318.96 serta kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …