KUALA TERENGGANU, 28 0G0S 2022
Kerajaan Terengganu akan memperuntukkan sebanyak RM7.16 juta bagi tajaan biasiswa kepada 16 orang pelajar kelahiran Terengganu yang cemerlang dalam pendidikan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama di United Kingdom (UK) dan Jordan bagi tempoh pengajian antara tiga hingga lima tahun.
Menteri Besar, Datoโ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semasa Majlis Penyerahan Pendahuluan Diri dan Bantuan Persediaan Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Luar Negara tahun 2022, daripada jumlah itu seramai empat pelajar adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang baru sahaja menamatkan pengajian A-Level akan menyambung pengajian ke UK dan baki 12 orang pelajar pula akan menyambung pengajian di Jordan.
Pemberian biasiswa ini banyak membantu pelajar cemerlang khususnya di kalangan B40 serta M40 dan sekaligus merangsang semangat anak-anak pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM.




sumber gambar : Media MB Terengganu