AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA MEMAPARKAN PENGORBANAN DAN SEMANGAT PASUKAN KESELAMATAN NEGARA

25 Ogos 2022 – YB Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meluangkan masa hadir menyaksikan tayangan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa bersama anggota keselamatan dan Rakan Strategik MKN Negeri Melaka bersempena sambutan bulan Kebangsaan ke-65.
Program seumpama ini merupakan satu usaha berterusan bagi membina jalinan ukhwah dan kerjasama antara agensi keselamatan dan pentadbiran kerajaan negeri.
Pengurusan keselamatan bergantung kepada keupayaan ketahanan rakyat, semangat cintakan negara, kesediaan berkorban demi tanah air, penguasaan ilmu dan teknologi serta integrasi pelbagai aspek kehidupan dan hirarki pentadbiran.
Semoga Malaysia tercinta ini kekal berdaulat, aman dan sejahtera.
“Harimau mati meninggalkan belang,
perwira mati meninggalkan nama dan jasa yang dikenang ke akhir zaman”!

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …