TRIVIA KEMERDEKAAN 2022: LAGU NEGARAKU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Lagu kebangsaan merupakan lambang kebesaran sesebuah negara selain daripada bendera. Ia juga melambangkan identiti dan jati diri sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, apabila sesebuah negara berjaya dalam pertandingan bertaraf antarabangsa terutamanya kejohanan sukan, maka lagu kebangsaan peserta negara yang menang akan dimainkan dan bendera negara berkenaan akan turut dinaikkan. Begitulah penghormatan yang tinggi diberikan kepada lagu kebangsaan.

Malaysia sebagai negara yang merdeka dan berdaulat sudah pasti mempunyai lagu kebangsaanya sendiri. Lagu Negaraku telah diangkat sebagai lagu kebangsaan Malaysia dan diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam, 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Bermula dari detik itulah, lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.

Lagu Negaraku membawa maksud yang sangat mendalam dalam usaha membentuk jiwa patriotisme dalam kalangan rakyat seperti berikut:

  1. Menyeru rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan sosio-budaya, hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan;
  2. Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan Raja, rakyat dan Negara Malaysia;
  3. Berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan negara;
  4. Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada Raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara; dan
  5. Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.

Lagu Negaraku mempunyai tiga (3) versi iaitu versi penuh, versi ringkas dan versi pendek. Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau turut dikenali sebagai versi DiRaja lagu kebangsaan hendaklah dimainkan selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan. Seterusnya, pada semua peristiwa rasmi yang diaturkan oleh perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah dimainkan selepas lagu kebangsaan negara perwakilan asing itu dimainkan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut