REMAJA 14 TAHUN ANTARA LIMA SUSPEK UTAMA CULIK BAYI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

PDRM Pulau Pinang menahan lima individu selepas disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dari rumah pengasuh di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2022. Semua suspek berusia 14 hingga 43 tahun ditahan dalam dua serbuan di Machang Bubok, Bukit Mertajam dan Kulim Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San memaklumkan, siasatan mendapati suspek melakukan penculikan ketika bayi itu berada di bawah jagaan neneknya yang juga pengasuh bayi berkenaan. Ditanya sama ada penculikan itu menjurus kepada sindiket penjualan bayi, Cheng San berkata siasatan masih lagi dijalankan. Sementara itu polis turut menafikan dakwaan berlaku transaksi jual beli ketika penculikan bayi berkenaan.

Sumber : ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …