OPERASI PENGUATKUASAAN MALAM (OPM) OPS MEGA 2022

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah melaksanakan pemeriksaan terhadap premis-premis makanan di sekitar Parlimen Bukit Bintang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Kepong dan Batu pada 18 Ogos 2022 . Pemeriksaan bermula dari jam 8:00 malam hingga awal pagi disertai seramai 28 orang anggota Penguatkuasa Kesihatan.

Di sekitar Jalan Raja Muda Musa (Pintu Gerbang) dan Jalan Raja Abdullah Kg. Baru (PARLIMEN TITIWANGSA) sejumlah 21 premis telah dilawati dan 1 premis telah dikenakan tindakan penutupan. Sejumlah 23 notis kompaun atas kesalahan di bawah pelbagai Undang-Undang Kecil dan Akta Kerajaan Tempatan telah dikeluarkan. Manakala penutupan premis dilaksanakan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bermula 19 Ogos 2022.

Pemeriksaan dan notis yang dikeluarkan kerana:

  • Pengendali makanan gagal mendapatkan suntikan Typhoid /Kursus asas penyediaan makanan;
  • Menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada Datuk Bandar;
  • Perangkap minyak tidak dipasang/ diselenggara;
  • Lantai dapur / ruang makan kotor, berdaki hitam dan terdapat sisa makanan;
  • Peti ais kotor dan berdaki hitam;
  • Stor penyimpanan makanan kotor dan berdaki hitam;
  • Terdapat urungan lipas;
  • Terdapat najis tikus; dan
  • Air buangan daripada perangkap minyak disalurkan terus ke longkang awam.

Pemeriksaan dan lawatan mengejut ini dilaksanakan oleh DBKL dari semasa kesemasa secara berterusan untuk memastikan pengendali premis makanan mematuhi peraturan penyediaan makanan.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …