TRIVIA KEMERDEKAAN: TOLERANSI BERAGAMA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Toleransi beragama menjadi fokus utama dan kunci kejayaan bagi sesebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang agama seperti Malaysia. Justeru itu, seperti termaktubnya dalam Rukun Negara Pertama Negara, Kepercayaan Kepada Tuhan, ianya menjadi dorongan menyemai nikmat-nikmat perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini. Kepercayaan Kepada Tuhan menjadi warisan serta pegangan seluruh rakyat negara ini untuk bersatu dalam merealisasikan matlamat negara.

Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”. Mohd Khambali & Mohd Haled (2008) menyatakan, daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam.

Selain itu, toleransi beragama merupakan satu tunjang kestabilan perpaduan dan memerlukan komitmen semua rakyat untuk mencapai negara maju pada masa akan datang. Apabila rakyat Malaysia menghayati dan memahami maksud toleransi agama dengan sepenuhnya, maka rakyat akan sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan itu, usaha untuk mengekalkan negara ini Berdaulat, Aman dan Sejahtera menjadi mudah tanpa prejudis.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …