PROGRAM SEMARAK MERDEKA MKN NEGERI PULAU PINANG DAN PUSPEN BUKIT MERTAJAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PUSPEN Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Semarak Merdeka yang telah diadakan pada 23 Ogos 2022 di PUSPEN Bukit Mertajam.

Program yang dimulakan dengan Pertandingan Kawad Kaki Antara Asrama turut menjemput Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang, Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad untuk membuat pemeriksaan baris klien.

 

Seramai 200 klien terlibat dalam program ini dan kesemua peserta dilihat bersemangat sepanjang program berlangsung. Program yang disulami dengan unsur-unsur kemerdekaan dan patriotisme ini adalah selari dengan kemeriahan Tanah Air kita yang akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos kelak.

Selain itu, Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang turut menyampaikan taklimat berkaitan Keselamatan Negara yang menerangkan peranan masyarakat dalam menjaga dan mempertahankan kehormonian negara ini agar terus kekal Berdaulat, Aman dan Sejahtera.

Facebook rasmi MKN Pulau Pinang boleh dilayari di SINI.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …