PROGRAM BICARA EKSEKUTIF BERSAMA WARGA PENDIDIK NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM 23 Ogos 2022 – Program Bicara Eksekutif Dasar Keselamatan Negara bersama warga pendidik negeri Selangor telah dijayakan di Institut Kesihatan Nasional Kementerian Kesihatan Malaysia yang melibatkan seramai 500 warga pendidik negeri Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh  YBrs Tuan Badrul Shah bin Mohd Idris yang mewakili Ketua Pengarah Keselamatan Negara. Turut hadir bersama adalah YBrs. Puan Rohayati binti Abd Hamed Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah Keselamatan Negeri, para Pegawai Pendidikan Daerah dan lain-lain jemputan.

Sesi taklimat dibahagikan kepada dua sesi yang menyentuh berkenaan Media Sosial dan Keselamatan yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Abdul Rahim dan Intipati Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 disampaikan oleh Encik Zuhri bin Ismail. Program ini diakhiri dengan sesi pengibaran jalur gemilang bersempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Insititut Kesihatan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Bicara Eksekutif bersama warga pendidik negeri Selangor.

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut