KEM SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) SIRI 2 – SK LELAKI JALAN BATU

KUALA LUMPUR – Sekretariat SDG DBKL dan SDG Centre Kuala Lumpur sekali lagi dengan usahasama Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) dan Urbanice Malaysia telah menganjurkan Kem SDG bertempat di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu pada 19-21 Ogos 2022. Peserta kem terdiri daripada 56 orang pelajar sekolah rendah tahap dua (tahun 4, 5 dan 6) dan 15 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada 22 Ogos 2022.

Penganjuran kem bersama Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu ini merupakan kem SDG kedua yang diadakan selepas penganjuran kem yang pertama bersama SK La Salle Brickfields. Kem yang diadakan selama 3 hari ini memfokuskan kepada pendedahan dan pemahaman awal kepada pelajar-pelajar sekolah rendah tahap 2 dan PPKI (Aras Tinggi) berkenaan SDG. Pelbagai aktiviti dan pengisian kem disusun dalam memastikan objektif utama kem ini tercapai.

Peserta kem juga didedahkan dengan masalah perbandaran dan membuat penyelesaian masalah perbandaran yang disenaraikan mengikut pemahaman SDG yang diperolehi melalui aktiviti dan taklimat pengenalan SDG yang telah diberikan.

Peserta kem juga turut menjalankan aktiviti plogging di bawah Kempen Cuci@KL anjuran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL. Aktiviti ini diadakan bermula dari Dataran DBKL sehingga Sekolah Lelaki Jalan Batu dan pelepasan dibuat oleh Pengarah Eksekutif (Perancangan) YBhg. Datuk Sulaiman bin Mohamed.

Perasmian penutup kem ini juga telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sulaiman bin Mohamed, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL. Kem SDG ini akan diteruskan lagi bagi memberi pendedahan kepada pelajar di setiap peringkat persekolahan. Usaha ini adalah selaras dengan komitmen DBKL di dalam memperkukuhkan pelaksanaan SDG di kalangan penduduk tempatan terutamanya kanak-kanak.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …