KURSUS SPORT MASSAGE PEGAWAI JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KBS

BANGI, 21 Ogos 2022:Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan Kursus “Introduction to Sport Massage” Tahap 1 Kebangsaan 2022 di Institut Semarak Felda, Bangi bermula 20 sehingga 21 Ogos 2022.

Kursus disertai peserta seramai 23 orang pegawai dari seluruh Malaysia dan 7 orang daripada NGO dibawah JBSN Selangor. Turut hadir 2 orang pegawai sport massage daripada ISN untuk memberikan latihan teori dan praktikal sepanjang kursus ini berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada 2 orang wakil Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu En. Sazzlan bin Yuga dan En. Mohd Daniel yang telah selesai menamatkan kursus dengan jayanya.

Diharapkan kursus sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai nilai tambah kepada pegawai-pegawai baru khususnya agar berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk kegunaan masyarakat di luar sana.

#JBSWPKL #sportmassagelvl1

#ISN

Sumber : JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …