DEMI JALINAN KERJASAMA YANG LEBIH MANTAP

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Delegasi KWP melakukan Kunjungan Hormat ke Pejabat SUK Negeri Selangor bagi memantapkan lagi jalinan kerjasama antara KWP dan pihak pentadbiran SUK Selangor dalam merangka strategi yang boleh menjadi panduan secara dua hala dalam menyelesaikan isu-isu pencemaran sungai di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jalinan kerjasama ini juga diperkukuh demi memperkasakan pengurusan sungai secara lestari untuk menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Hasil daripada lawatan tersebut, satu jawatankuasa khas akan dibentuk di peringkat negeri bagi menyelesaikan masalah pencemaran sungai di Selangor dan Wilayah Persekutuan agar kepentingan sungai dapat dijaga dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada generasi yang akan datang.

SUMBER: KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

PADI TR8 BERPOTENSI HASIL 10 TAN SEHEKTAR JAMAWI

KENANGAN: Jamawi bersama tetamu jemputan dan komuniti petani merakamkan kenangan sempena perasmian kawasan Penuaian Sawah Satelit Benih Padi Sah (SSBPS) …

SYABU DUA KILOGRAM BERNILAI RM94,000 DIRAMPAS DI LAHAD DATU

Syabu dua kilogram bernilai RM94,000 dirampas di Lahad Datu LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 2,000 gram …

BLOK LIMA PINTU, RUMAH DAN KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

RANAP: Blok lima pintu dan sebuah rumah kediaman musnah sepenuhnya dalam kebakaran. TAWAU: Lima pintu rumah dalam sebuah blok serta …