PROJEK LANDSKAP PERSEKITARAN KEHIDUPAN DI GULLEMARD BRIDGE, KAMPUNG KUSIAL BARU, TANAH MERAH

 

Majlis Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang giat membangunkan projek Landskap Persekitaran Kehidupan di Guillemard Bridge, Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan, iaitu meliputi sebahagian dari Tanah Kerajaan seluas 12 ekar di Mukim Tebing Tinggi, Daerah Ulu Kusial.
Projek yang menerapkan elemen taman riadah, medan tinjau (viewpoint) dan galeri sejarah terbuka (open air historical gallery) ini telah bermula pada 8 Ogos 2022 dan dijangka siap pada 30 Oktober 2022 – bertujuan membangunkan suatu tarikan terkini yang menarik dan unik bagi Jajahan Tanah Merah dengan mengetengahkan Jambatan Keretapi Guillemard yang ikonik dan bersejarah (bakal berusia 100 tahun pada 2025), selain bertujuan memberikan khalayak awam suatu ruang riadah baharu yang selesa, kondusif dan mengesankan.
Majlis Daerah Tanah Merah juga turut menyasarkan untuk kawasan ini dibangunkan lagi dengan pelbagai projek dengan komponen yang bercirikan serupa, pada masa hadapan.
Semoga usaha ini dipermudahkan, beroleh sokongan berterusan dan dapat sama-sama dijiwai oleh sekalian warga Kelantan amnya dan warga Tanah Merah khasnya, sambil mendukung aspirasi Kelantanku Bersih, Indah, Ceria dan semangat Keluarga Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …