274 LITER MINYAK DIESEL DISITA DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 21 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan dan Batallion 8, Pasukan Gerakan AM telah mengadakan Operasi Bersepadu disini petang tadi.
Objektif Operasi Bersepadu dijalankan untuk membanteras ketirisan penyelewengan barang kawalan minyak masak bersubsidi serta Op Landai/Op Kontraband.
Pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang individu sedang membuat pengisian minyak dari satu stesen ke stesen secara berterusan.
Pasukan bertindak membuat serbuan dilokasi hadapan sebuah stesen minyak di Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat Kelantan.
Pemeriksaan lanjut pasukan ke atas sebuah motokar berpendaftaran Malaysia jenis motolori jenama Isuzu dan telah menemui minyak diesel didalam tangki yang disyaki telah ubahsuai berada pada kenderaan tersebut yang disyaki akan diseludup ke Thailand melalui pengkalan haram.
Sebanyak anggaran 274 liter minyak diesel dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 589.00 dan kenderaan sebanyak RM 50,000.00
Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki memiliki barang kawalan tanpa lesen dengan niat melakukan kesalahan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …