PULAU PINANG: PAMERAN DARI GABENOR KE TYT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

Sebuah pameran yang bertajuk “???? ??????? ?? ???” merupakan pameran pertama di Pulau Pinang yang mengetengahkan peringkat-peringkat pentadbiran dan pembangunan di Pulau Pinang semenjak tahun 1705 serta membawakan keperibadian figura-figura kepimpinan Negeri yang disandang oleh anak tempatan bermula tahun 1957 sehingga kini. Pameran ini merupakan cetusan idea daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

Objektif pameran “???? ??????? ?? ???” ini adalah untuk menjalankan fungsi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) iaitu “Pendidikan Seni dan Warisan untuk semua”. Melalui pameran ini juga, ia dapat menggalakkan penglibatan pelbagai agensi dan institusi kerajaan serta swasta dalam membina jaringan hubungan yang kondusif sekali gus memberikan pendedahan dan memperkenalkan sejarah institusi serta fungsi Gabenor atau Tuan Yang Terutama (TYT) di negeri Pulau Pinang kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Bermula dari Gabenor pertama yang disandang oleh Raja Tun Uda Al Haj Raja Al Haj Muhammad pada tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan, disusuli dengan Tun Tan Sri Syed Sheh Syed Abdullah Shahabudin (1967-1969); Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj Syed Hassan Barakbah (1969-1975); Tun Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Haji Sardon Jubir (1975-1981); Tun Dato’ Dr. Awang Hassan (1981-1989); Tun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan bin Sheikh Tahir (1989 – 2001); Tun Tan Sri Datuk Seri Abdul Rahman Abbas (2001-2021) dan terkini Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak selaku Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang Kelapan, setiapnya mempunyai artifak sejarah yang tersendiri.

 

Sumber rujukan:

Buletin Mutiara

Muzium Negeri Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut