TARIKAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN: 31 OGOS DI DATARAN MERDEKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

 

  • Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.
  • Konsep sambutan pada tahun ini adalah selari dengan tiga teras utama yang digariskan dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
  • Konsep sambutan HKHM 2022 akan digambarkan melalui perarakan dengan penglibatan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti komuniti Orang Asli, cef terkenal Malaysia dan barisan petugas hadapan untuk mengenang kembali saat sukar negara memerangi pandemik COVID-19.
  • Penyertaan 30 tokoh negara dan selebriti terkenal tanah air dalam sambutan Hari Kebangsaan melalui perarakan kereta antik serta perarakan 65 motosikal berkuasa tinggi dari Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia.
  • Buat julung kalinya, upacara menaikkan Jalur Gemilang dan muzik lagu Negaraku akan diiringi oleh Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Lagu tema sambutan tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ akan dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos dengan diiringi 65 Koir Keluarga Malaysia daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Kontinjen perbarisan tahun ini terdiri daripada empat komponen iaitu perbarisan dan perarakan, kementerian, ketenteraman awam dan keselamatan negara.
  • Tempoh keseluruhan sambutan adalah kira-kira dua jam 30 minit iaitu bermula pada 8 pagi dan dijangka tamat pada 10.30 pagi.
  • Pelbagai persembahan menarik diatur antaranya persembahan Padang Formasi Color Guard yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melibatkan 600 pelajar dari sekolah-sekolah yang terpilih dari Selangor.
  • Terbang lintas pesawat udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Kumpulan kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut terlibat dengan 600 artis budaya membuat persembahan padang.
  • Perarakan kereta berhias animasi & maskot (Ejen Ali, Didi & Friends) dan kereta berhias kolaborasi strategik antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama syarikat swasta turut memeriahkan sambutan, antaranya Petronas dan Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia (TM), YTL, Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, MEASAT dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
  • Bacaan ikrar pada hari sambutan 31 Ogos nanti akan dilafazkan oleh Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yang merupakan pemegang rekod acara 100 meter negara.

???????? ???? ?????????? ???? ???? ?????? ?????? ???????? ??????? ?????? ?????????? ???????? ??? ???? ???????? ???????? ???? ??????????? ?????????? ??? ?????????? ???????? (?-????), ???????? ?????????? ??? ???????? ??????? ?????????? ????????.

 

Sumber:

Merdeka360

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut