JPJ PULAU PINANG LAKSANA PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN PERDAGANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (2010). Ini adalah bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan ini mematuhi peraturan dan undang-undang serta selamat digunakan di jalan raya.

Sepanjang penguatkuasan yang telah diadakan selama seminggu ini, pelbagai kesalahan telah dikesan seperti :

  • membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan,
  • tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL)
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran,
  • pemeriksaan puspakom tamat tempoh,
  • salahguna trade plate,
  • pelbagai kesalahan teknikal
  • pelbagai kesalahan lalulintas

JPJ akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap kenderaan perdagangan secara telus bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat di jalan raya.

Sumber : JPJ PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …