PROGRAM BE SAFE FEEL SAFE: ANCAMAN DUNIA SIBER KEPADA OKU PENGLIHATAN – JANGAN JADI MANGSA!

KUALA LUMPUR – Program Be Safe Feel Safe: Ancaman Dunia Siber kepada OKU Penglihatan anjuran JK KL Bandar Selamat Brickfields LA21KL dengan kerjasama DBKL, Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), PDRM, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan KRT Brickfields telah diadakan pada 19 Ogos 2022 di Kompleks MAB, Brickfields.

Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya golongan OKU penglihatan supaya tidak terjebak dan menjadi mangsa kepada jenayah siber seperti penipuan atas talian atau “scam”.

Ceramah bertajuk Trend Jenayah Siber telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Henry anak Kudi dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Brickfields manakala ceramah Ancaman dan Penipuan Siber oleh En. Saiful Hamiruzzaman bin Hazir dari KickStart Academy.

Hadirin juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak PDRM melalui booth “Talk to Us” dan Amanita serta pameran kenderaan PDRM.

YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur juga hadir bagi perasmian penutup program dan menyokong supaya program kesedaran ini dapat diteruskan supaya Visi Kuala Lumpur Bandar untuk Semua dapat direalisasikan sekaligus mencapai SDG11, SDG16 dan SDG17.

Turut hadir dalam Majlis Penutup adalah En. George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Tn. Nasaruddin bin Daharun, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan merangkap Penyelaras Tema KL Selamat LA21KL, En. Mohd Yushanizar bin and. Yusoff, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, En. Yathinthiren Saminathan dari MCPF dan En. SKK Naidu, pengerusi JK KL Selamat Brickfields LA21KL.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut