PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA KOMUNITI


MARANG, 20 OGOS 2022


 

Satu program kesedaran keselamatan bersama komuniti Kampung Surau Haji Mat Zin, Marang, telah diadakan pada 20 Ogos 2022 bertempat di perkarangan masjid kampung tersebut. Program ini dihadiri oleh warga MKN Terengganu dan setiap lapisan masyarakat yang berada di kawasan kampung tersebut termasuklah YB DUN Bukit Payong yang datang melihat perjalanan program yang dilaksanakan.

Disamping itu juga turut dilaksanakan aktiviti mengacau bubur asyura bersama komuniti kampung. Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya dimasak secara beramai-ramai dan diagihkan kepada orang kampung. Turut diedarkan bendera Malaysia ‘Jalur Gemilang’ dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Melalui program ini. pihak MKN Terengganu dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat dengan lebih baik dan memudahkan perlaksanaan CBSM yang diterapkan dalam DKN 2021-2025 serta dapat mendidik dan memahamkan masyarakat mengenai KeselamatanNegara Tanggungjawab Bersama.

   

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …