DUA BERADIK DI BUTTERWORTH BERSEMANGAT MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN YANG TERCICIR SEJAK EMPAT TAHUN LALU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Dibelenggu kesempitan hidup lantaran kehilangan ayah yang meninggal dunia kerana COVID-19 setahun lalu tidak mematahkan semangat dua beradik di Butterworth ini untuk menyambung kembali persekolahan mereka. Terdahulu, kisah Yumn Nakyeishaa, 16 tahun dan adiknya, Dahnea Dabryshaa, 14 tahun yang disiarkan dalam media telah meraih perhatian ramai dan wajar dijadikan iktibar serta inspirasi kerana tetap bersemangat memulakan persekolahan awal minggu ini setelah empat tahun tercicir dalam pelajaran disebabkan kesusahan yang dialami.

Minggu lalu, mereka telah menerima tawaran untuk kembali bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Kastam, Butterworth daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal Soon Lip Chee telah menyerahkan bantuan buku rujukan kepada Yumn Nakyeishaa dan berharap semua pihak memberikan sokongan serta bantuan supaya mereka mendapat akses pendidikan yang sempurna.

Sumber rujukan : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …