PROGRAM: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOKASY FOR ROAD USERS (SAFER)

FOKUS : PENJAJA JALANAN

NEGERI SEMBILAN, 18 OGOS 2022

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya kepada penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat sekitar Daerah Seremban.

Tujuan advokasi adalah untuk memberi kefahaman dan peringatan kepada peniaga atau penjaja serta pembeli mengenai risiko terlibat dalam nahas jalan raya terutamanya semasa trafik sedang sibuk di persimpangan lampu isyarat. Penjual dan pembeli juga terdedah dengan risiko kemalangan terutamanya ketika penunggang motosikal mencelah-celah di antara kenderaan.

Selain daripada itu, pergerakan penjaja di antara kenderaan dan bahu jalan juga boleh menggangu fokus pemandu dan juga lalu lintas di kawasan persekitaran lampu isyarat tersebut sehingga menimbulkan bahaya yang tidak dijangka.

Peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 menyatakan dengan jelas berkaitan kesalahan menjaja di persimpangan lampu isyarat. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil berat akan perkara ini.

JPJ menasihatkan kepada penjaja agar merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan nasihat berhubung lokasi yang bersesuaian dan juga syarat lesen yang berkaitan bagi tujuan menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut